Selamat Datang Ke Blog Keluarga "capital H" | Dashboard | +Follow
Capital H Family
Selamat Pengantin Baru
Thursday, October 31, 2013 3:02 AM | Written by Capital H 0 comments
Faridah bte Abdul Rasad ( Anak Itam Jelai )





Selamat Hari Raya Aidilfitri
Monday, October 21, 2013 2:53 AM | Written by Capital H 0 comments
EID MUBARAK 2013

Assalamualaikum semua,
Bulan Ramadhan berlalu sudah, Tiba la pula Syawal mulia.
Bersyukur kita kerana dapat kita menyambut hari mulia ini. Tahniah juga kepada Hamizi Hamzah atas kelahiran putera sulungnya pada hari raya yang kedua. Syawal ini penuh maknanya. kami beraya ke rumah sanak-saudara seperti tradisi. dan seperti kebiasannya saudara - mara bertandang kerumah pada satu syawal. maka hari-hari berikutnya pula giliran keluarga pak ngah (ayah) dan acik (mak) untuk kerumah mereka pula. meriah.....sangat meriah. Tentulah meriah kerana kami bersama keluarga (kecuali hamizi) ke rumah saudara. kami ke rumah Pak teh di Palong empat, ke rumah Pak long di Felda Pasuh dan banyak lagi. Seronok sangat. Alhamdulillah !






Semoga Allah merahmati kami sekeluarga. Amin.
Bonda Ke Tanah Suci
Sunday, September 1, 2013 2:41 AM | Written by Capital H 0 comments
Alhamdulillah, sampai juga beliau kesana. Mak telah pun melakukan Umrah pada bulan ramadhan yang lalu. insyallah semoga mak mendapat umrah yang mabruk. Agak perit juga menunaikan umrah pada ketika itu kerana musim panas maka mak terpaksa menahan panas dalam bulan puasa itu. Tetapi semua tahu bahawa mak mampu keranan mak bukan seorang yang mudah putus asa. Mak seorang yang kental jiwa. Alhamdulillah mak kembali ke Malaysia setalah seminggu berada disana. Dapat kami beraya bersama-sama mak.



Hasrat mak agar dapat ke sana lagi pada tahun-tahun mendatang. Insyallah
12.12.12
Wednesday, December 12, 2012 12:30 PM | Written by Capital H 0 comments

Assalamualaikum, cantik sungguh tarikh itu. tanggal 12 december 2012, tarikh kemasukkan Hamizah ke politeknik Melaka. Hamizah menyambung semula pengjiannya untuk semester yang kedua. semoga Allah permudahkan urusanmu. walaupun cuti persekolah bagi tahun 2012 masih panjang namun, ramai penuntut institut pengajian tinggi telah pun pulang untuk mendaftarkan diri.

Bukan sahaja Hamizah, tetapi Helmie juga turut sama-sama telah pulang ke kolej Shahputra di Kuantan semalam. Alhamdulillah beliau telah sampai di sana tepat jam 3 pagi. walaupun semua telah pulang untuk kembali menyambung semester masing-masing namun, masih ada yang masih tinggal dirumah ini. antaranya ialah si tembam Natasha Farhana yang sering bergurau senda dan membuatkan semua orang tidak kering gusi. Natasha mungkin akan terus tinggal di kampung sehingga cuti persekolahan tahun 2012 ini habis.

Ketika abang dan kakak bergembira dapat bertemu rakan-rakan di tempat pengajian lain pula penantian adik bungsonya.siapa lagi Hamizan lah. dia sedang menghitung hari untuk menyambut keputusan Peperiksaan Menengah Rendah. bila dicerita memang rasa seram sejuk bila difikirkan kerana tempoh keluar keputusan itu sudah tidak sampai satu minggu. alangkah gundah perasaanya. namun, perjalanan hidup mesti ditempuh. tawakal kepada Allah s.w.t. semoga dipermudahkan urusan itu nanti.
result pmr 2012 pada 19 december 2012
Sedang anak-anak sibuk dengan hal-hal masing-masing, lain pula ceritanya dengan ibunda yang disayangi, Meriam atau lebih mesra dipanggil mak. mak pula akan mengikuti rombongan tadika kemas pada hari esok. rombongan itu tidak mengorak langkah jauh, cuma disekitar Melaka. guru tadika telah menawarkan mak untuk pergi bersama-sama. semoga perjalanan mak berjalan lanjar dan diredhai Allah.


Dibuka Secara Rasmi
Saturday, December 8, 2012 11:49 AM | Written by Capital H 0 comments

Assalamualaikum, dan selamat sejahtera.terlebih dahulu saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada stalker sekalian. pasti ramai yang terkejut dengan kelahiran blog baru ini. ya.......benar blog ini telah dibuka secara rasminya pada tanggal 9 Disember 2012. blog ini telah siap diedit sepenuhnya oleh pemilik tetap blog ini dalam jangka masa yang agak singkat.

Tujuan blog ini dibina semata-mata adalah untuk berkongsi.Berkongsi segala-galanya. dan blog ini juga akan berfungsi seolah-olah sebuah diari kepada keluarga kami. sebarang kenyataan yang dikemas kini didalam blog ini kemungkinan akan ditokok tambah atau ditulis 100% asli.Blog ini hanya akan menceritakan kisah-kisah suka dan tawa keluarga "Capital H"sahaja.


Beralih pada tajuk pula, tajuk blog ini sememangnya tampak singkat namun, ianya unik kerana ibu dan bapa kami telah memberikan nama kami yang mana kesemua boleh dikatakan pendek ejaannya.bukan orangnya, orangnya semua tinggi-tinggi.jadi dari yang sulung hinggalah ke bongsu huruf H itu telah melekat pada nama kami adik beradik.kalau musykil boleh periksa pada navigation members di tepi. oleh yang demikian salah seorang dari kami telah bertekad untuk membina sebuah diari elektronik supaya selari dengan kemajuan pada masa kini. #dah macam cikgu bm pulak.maaf ya.

pesan saya : semoga blog ini membuatkan hubungan antara kami adik-beradik lebih erat.
Family.
Family isn’t something that’s supposed to be static, or set. People marry in, divorce out. They’re born, they die. It’s always evolving, turning into something else.
Navigations
We're Diaries Members Chat