12.12.12
Wednesday, December 12, 2012 12:30 PM | Written by Capital H 0 comments
Assalamualaikum, cantik sungguh tarikh itu. tanggal 12 december 2012, tarikh kemasukkan Hamizah ke politeknik Melaka. Hamizah menyambung semula pengjiannya untuk semester yang kedua. semoga Allah permudahkan urusanmu. walaupun cuti persekolah bagi tahun 2012 masih panjang namun, ramai penuntut institut pengajian tinggi telah pun pulang untuk mendaftarkan diri.
Bukan sahaja Hamizah, tetapi Helmie juga turut sama-sama telah pulang ke kolej Shahputra di Kuantan semalam. Alhamdulillah beliau telah sampai di sana tepat jam 3 pagi. walaupun semua telah pulang untuk kembali menyambung semester masing-masing namun, masih ada yang masih tinggal dirumah ini. antaranya ialah si tembam Natasha Farhana yang sering bergurau senda dan membuatkan semua orang tidak kering gusi. Natasha mungkin akan terus tinggal di kampung sehingga cuti persekolahan tahun 2012 ini habis.
Ketika abang dan kakak bergembira dapat bertemu rakan-rakan di tempat pengajian lain pula penantian adik bungsonya.siapa lagi Hamizan lah. dia sedang menghitung hari untuk menyambut keputusan Peperiksaan Menengah Rendah. bila dicerita memang rasa seram sejuk bila difikirkan kerana tempoh keluar keputusan itu sudah tidak sampai satu minggu. alangkah gundah perasaanya. namun, perjalanan hidup mesti ditempuh. tawakal kepada Allah s.w.t. semoga dipermudahkan urusan itu nanti.
result pmr 2012 pada 19 december 2012
Sedang anak-anak sibuk dengan hal-hal masing-masing, lain pula ceritanya dengan ibunda yang disayangi, Meriam atau lebih mesra dipanggil mak. mak pula akan mengikuti rombongan tadika kemas pada hari esok. rombongan itu tidak mengorak langkah jauh, cuma disekitar Melaka. guru tadika telah menawarkan mak untuk pergi bersama-sama. semoga perjalanan mak berjalan lanjar dan diredhai Allah.

















